Spiga

10 Cara Optimumkan Memori Otak

Otak anda adalah ibarat mahkota dalaman anda dan perlu dijaga dengan baik kerana dengannya lah anda berfikir dan melakukan pelbagai tugasan di dunia ini. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menjaga otak anda agar memorinya stabil dan semakin meningkat prestasinya. Cuma di sini saya akan menyenaraikan beberapa darinya yang sempat saya catatkan dari pelbagai sumber.



Photobucket


1. Pastikan otak kita sentiasa aktif

Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.


2. Kurangkan tekanan

Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.


3. Buat senaman selalu

Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.


4. Cuba latih memori dengan gambar

Ambil sekeping gambar dan perhatikan sejenak. Kemudian tutup gambar tersebut dan cuba ingat kembali apa kandungan dalam gambar tersebut. Latihkan sentiasa dengan bermacam-macam gambar.


5. Ulang-ulangkan apa-apa yang kita pelajari

Pengulangan demi pengulangan boleh membantu perkara itu untuk masuk ke dalam memori jangka panjang otak kita. "Practise makes perfect".


6. Wujudkan imej-imej yang jelas dalam otak kita

Kita akan dapat mengingat sesuatu dengan lagi mudah jika sekiranya kita dapat memvisualkannya dalam fikiran. Cuba bayangkan imej-imej yang mudah diingati, yang agak luar biasa sedikit dan seumpamanya.


7. Kategorikan apa-apa yang ingin anda ingatkan

Jika anda mengkategorikannya maka ianya tidak akan berterabur atau berserabut. Jadikan ianya sistematik , barulah proses mengingat akan jadi lebih mudah, insyaALlah.


8. Cuba amalkan meditasi

Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang selalu mengamalkan meditasi (tafakkur) berupaya untuk fokus dengan baik dan mempunyai memori yang lebih bagus.


9. Tidur yang elok dan cukup

Dapatkan tidur malam yang selesa dan cukup iaitu sekurangnya 7 jam.


10. Berikan masa untuk anda membentuk memori

Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk meningkatkan keupayaan memori kita. Amalkan tips-tips untuk meningkat upaya memori dengan beransur-ansur. Bagi masa kepada otak anda agar dapat membiasakan diri dengannya.


SUMBER ASAL:

http://www.teknosains.info/2008/04/15-langkah-meningkatkan-keupayaan.html

0 comments: