Spiga

Alahan hidung (allergic rhinitis)

Adakah anda sering merasa gatal di hidung dan sering bersin? Tidak kira di mana sahaja, anda pasti akan berkeadaan sedemikian. Keadaan akan menjadi teruk apabila dikelilingi bahan-bahan tertentu yang mendatangkan masalah pada hidung anda. Jika anda merasa begitu, mungkin bermakna anda menghidap alahan hidung.

Apakah itu alahan hidung?

Alahan maknanya reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu alah pada makanan seperti udang dan sebagainya, ia akan mendapat gatal-gatal. Jika mereka alah pada ubat pula, seseorang itu akan mendapat kesan yang teruk seperti sesak nafas. Itulah alahan.

Alahan hidung yang juga boleh dikenali sebagai 'allergic rhinitis' bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu terdedah kepada habuk, habuk di sini bermakna 'house dust mite' atau hama yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Alahan yang disebabkan oleh hama inilah yang kerap berlaku.

Hama juga memang banyak terdapat dalam karpet, langsir, tilam, cadar dan sarung bantal yang tidak berganti. Hama ini makanannya pula ialah kulit-kulit yang gugur dari badan kita. Contohnya, jika kita baring di atas katil, kulit yang gugur akan menjadi makanannya. Najis hama itu akhirnya bercampur dengan habuk lain dan kemudian ia bertukar menjadi habuk dan habuk itulah yang membuatkan hidung menjadi bersin, gatal, tersumbat dan berair.

Apabila berada di luar rumah pula, debunga terutamanya dari bunga boleh menyebabkan alahan pada hidung kita. Jika pesakit itu alah kepada debunga, hidungnya kan berasa gatal-gatal dan akhirnya ia akan bersin-bersin.

Jika seseorang itu merasakan gatal-gatal di hidung, hidung mereka tersumbat, berair dan selalu bersin, ini bermakna mereka mempunyai ciri-ciri alahan hidung.

Di sini gatal bukan bermakna gatal yang datang dari hidung sahaja. Kalau di peringkat teruk, mata kita boleh gatal. Ini adalah kerana mata dan hidung saling berdekatan. Selain itu muka juga boleh rasa gatal. Sesetangah pesakit pula lelangit mereka pun boleh rasa gatal.

Photobucket


hama punca utama alahan hidung

4 comments:

  nhk

September 4, 2010 at 5:31 PM

so how to prevent alahan hidung nih....???

  Angin Selat Melaka

February 5, 2011 at 6:57 AM

Assalamualaikum...
Hama begini boleh melekat kat dalam bahagian dalaman saluran hidung. Salah satu cara nak men-singkir-kan / hakis ia keluar adalah dengan mengunakan rawatan ni:

Ubat Alahan Hidung

Rawatan tu akan mencairkan lendir, kahak termasuk keluarkan hama2 yg berkumpul biak buat sarang di dalaman muka (hama yg mcm dlm gambar tu.)

  Anonymous

June 29, 2012 at 9:07 PM

assalamualaikum..
~sharing~
saya begitu alah dgn sejuk / habuk. saya telah mencuba satu produk yg mengurangan block nose / berhingus setiap pagi.saya amalkan penyapuan campuran serbuk kulit rambai, setitis minyak kelapa dara & beberapa titis astrak sirih, sintuk,limau, pati kayu manis & mengkudu. Oles bhn2 ini sebagai masker selama 10min dan cuci. produk ini btujuan memcuci hama yg melekat pada muka. saya di saat ini terfikir utk menukar blanket dari material wool kr cotton dan sarung bantal ditukar setiap hari @ setiap malam alaskan dgn kain batik, bagi mengelak habuk yg melekat dsekeliling sewaktu tidur. tq.

  sue Ri

February 13, 2013 at 6:33 PM

Assalamualaikum ..... saya berumur 13 tahun ...dari saya berumur 6 tahun lagi sya sdah mendapat alhan padahabuk ...hidup saya sengsara akibat alahan pda habuk , cuaca sejuk , kipas dan sebagainya .., pada setiap hari , pada waktu pagi ..saya akan bersin....setiap hari ..saya mcm jemu sdah dgn alahan ini , kata ibubapa saya ..alahan ini adalah satu keturunan , bapa saya juga mengalami perkara yg sama ... tetapi sdah sembuh sbab my dad makan buah ,,itu saja .tapi saya ....mcm tak kan sembuh .bagaimana sya nak atasi situasi ini ...saya sdah menjuba produk elken ..tapi tetap sama juga hasilnya ..,pls help me ..;_