Spiga

Buas-buas

Buas-buas mampu menyingkirkan angin dari badan.
Buas-buas mampu menyingkirkan angin dari badan.

Satu lagi tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk membuang angin ialah pokok buas-buas atau dikenali juga sebagai pokok singkil. Daunnya tumbuh tunggal dari batang dan dahan, bersaiz sederhana berbentuk hati dan warnanya hijau muda.

Pokok yang kecil atau batang yang masih muda berwarna cokelat, sementara pokok yang sudah tua batangnya berwarna keputihan tetapi dahan yang muda tetap berwarna cokelat.

Nama saintifiknya Premma cordiflora dari keluarga Verbenaceae. Pokoknya sederhana besar, tetapi ada yang boleh mencapai ketinggian hingga 7 atau 8 meter, terutama yang tumbuh di hutan dan tidak pernah dipetik pucuknya.

Pucuk yang muda boleh dimakan begitu saja, tetapi sedikit getir serta berbau langu. Justeru itu para penggemar biasanya menjadikannya sebagai sayur bening atau dicelur pada air panas terlebih dahulu sebelum dimakan bersama pencecahnya.

Mereka yang mengamalkan memakan daun buas-buas, selain boleh membuang angin dalam badan dan mengatasi cacing dalam perut, ia juga boleh membanyakkan susu ibu, terutama bagi wanita yang menyusukan anak.

Selain dari itu rebusan daun, akar dan kulit batangnya juga boleh dijadikan sebagai mandian bagi wanita selepas bersalin. Ia dikatakan boleh menyegarkan tubuh badan dan air rebusan itu juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan.

SUMBER ASAL: http://fazlisyam.com/2007/09/17/buas-buas-untuk-buang-angin-dan-membanyakkan-susu-ibu/

0 comments: