Spiga

Alahan

'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Penyebab

  • Tumbuh-tumbuhan.
  • Makanan.
  • Ubat-ubatan.
  • Debunga.
  • Sengatan lebah.
  • Gigitan.

Alahan Rhinitis (demam alahan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala

  • Penghasilan mukus (lendir).

  • Gatal-gatal di

    • Tekak

    • Hidung

    • Mulut

    • Mata

    • Kulit

  • Batuk.

  • Sakit kepala.

  • Hidung berair/Bersin.

  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan

  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Pengurusan sendiri

  • Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk.

  • Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.

  • Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.

  • Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.

  • Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.

  • Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.

  • Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan

  • Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
  • Intolerans terhadap makanan.
  • Sindrom gangguan usus.
  • Tekanan fizikal.
  • Keracunan makanan.

Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala

  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri

  • Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.

  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.

  • Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).

  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.

  • Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

Alahan terhadap ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala

  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.

Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:

  • Penyumbatan rongga hidung.

  • Sukar bernafas.

  • Batuk.

  • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.

  • Pening.

  • Keliru.

  • Sakit/kekejangan otot abdomen.

  • Loya, muntah.

  • Cirit-birit.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.

Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala

  • Mata merah.

  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.

Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri

  • Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.

  • Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.

  • Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.

  • Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.

  • Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.

  • Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.

SUMBER ASAL:

Buas-buas

Buas-buas mampu menyingkirkan angin dari badan.
Buas-buas mampu menyingkirkan angin dari badan.

Satu lagi tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk membuang angin ialah pokok buas-buas atau dikenali juga sebagai pokok singkil. Daunnya tumbuh tunggal dari batang dan dahan, bersaiz sederhana berbentuk hati dan warnanya hijau muda.

Pokok yang kecil atau batang yang masih muda berwarna cokelat, sementara pokok yang sudah tua batangnya berwarna keputihan tetapi dahan yang muda tetap berwarna cokelat.

Nama saintifiknya Premma cordiflora dari keluarga Verbenaceae. Pokoknya sederhana besar, tetapi ada yang boleh mencapai ketinggian hingga 7 atau 8 meter, terutama yang tumbuh di hutan dan tidak pernah dipetik pucuknya.

Pucuk yang muda boleh dimakan begitu saja, tetapi sedikit getir serta berbau langu. Justeru itu para penggemar biasanya menjadikannya sebagai sayur bening atau dicelur pada air panas terlebih dahulu sebelum dimakan bersama pencecahnya.

Mereka yang mengamalkan memakan daun buas-buas, selain boleh membuang angin dalam badan dan mengatasi cacing dalam perut, ia juga boleh membanyakkan susu ibu, terutama bagi wanita yang menyusukan anak.

Selain dari itu rebusan daun, akar dan kulit batangnya juga boleh dijadikan sebagai mandian bagi wanita selepas bersalin. Ia dikatakan boleh menyegarkan tubuh badan dan air rebusan itu juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan.

SUMBER ASAL: http://fazlisyam.com/2007/09/17/buas-buas-untuk-buang-angin-dan-membanyakkan-susu-ibu/

Temulawak

Temulawak mampu menyembuhkan buasir.
Temulawak mampu menyembuhkan buasir.

Khasiat temulawak:

1. Digunakan sebagai agen pencegah penuaan dan penawar sakit puan - banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik

2. Dapat mengubati penyakit2 seperti reumatoid dan kesakitan otot, demam , batuk, masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.

3. Dapat menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang

4. Dapat mengatasi buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah dan disentri.

5. Dapat merawat masalah sembelit.

6. Dapat merawat masalah keputihan dan jangkitan kult seperti Candida albican pada vagina wanita.

7. Dapat merawat kencing manis, gastrik dan gas berlebihan dan melancarkan penghadaman makananCara rawatannya ialah 3 - 9 gram rizom segar direbus sekejap dan dimakan setiap kali sebelum makan.

8. Ia juga dapat mengubati kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan.

9. Rizomnya sedap dibuat ulam dan acar.

SUMBER ASAL: http://fazlisyam.com/category/temulawak/

Sakit belakang secara tiba-tiba

Sakit tulang belakang biasanya disebabkan bebanan kerja lebih.
Sakit tulang belakang biasanya disebabkan bebanan kerja lebih.

Punca-punca:

  • Bentuk badan yang lemah.
  • Terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok.
  • Kurangnya bersenam.
  • Kecederaan hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat.
  • Kekejangan yang disebabkan stres atau tekanan.
  • Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain.
  • Kegemukan.
  • Kasut bertumit tinggi.
  • Bagi wanita, sebelum atau semasa haid.

Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda sakit belakang:

  1. Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
  2. Mengamalkan postur (posisi badan) yang baik.
  3. Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
  4. Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong badan anda.
  5. Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Urut bahagian yang sakit dengan minyak, krim atau salap.
  6. Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
  7. Jika anda gemuk, berusahalah mengurangkan berat badan.
  8. Selalulah bersenam.
  9. Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinar lampu infra red.
  10. Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi.
  11. Rujuk doktor sekiranya sakit tidak hilang atau menjadi teruk.

Pencegahan awal:

  1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
  2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda.
  3. Tidur atas tilam sesuai.
  4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
  5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
  6. Lakukan senaman otot abdomen dan belakang.
  7. Elakkan memakai kasut yang tinggi.
  8. Jaga berat badan.

Tabiat yang sihat untuk jantung anda

pemakana diet seharian penting dalam penjagaan jantung
Pengambilan diet seimbang seharian penting dalam penjagaan jantung.
Ara DerMarderosian, PhD, professor dalam bidang pharmacognosy di University of the Sciences di Philadelphia telah memberi beberapa tips tentang tabiat yang sihat untuk menjaga jantung kita. Katanya "Kita perlu menumpukan kepada pencegahan yang pro aktif dan bukannya kawalan kerosakan".
Kita sebaiknya bukan sahaja mengurangkan tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan, tetapi mengamalkan apa yang diketahui dapat membantu dan bermanfaat pada kesihatan. Dr DerMarderosian telah mengenalpasti beberapa diet mudah dan perubahan gaya hidup yang kita boleh amalkan;

Pemakanan diet untuk jantung yang sihat

  • Elakkan makanan bergoreng dan makanan yang diproses sepenuhnya seperti daging-daging deli.
  • Cari makanan rendah lemak dan kolesterol.
  • Ambil enam ke tujuh hidangan harian sayur-sayuran.
  • Makanan hidangan segar yang dibuat sendiri berbanding dengan makanan yang diproses.
  • Tambah anti-oksidan dalam diet makanan anda seperti memakan buah-buahan citrus, blue berry, dan rempah ratus seperti kunyit.
  • Hadkan pengambilan daging merah hanya kepada 2 ke 3 hidangan sahaja dalam seminggu.
  • Banyakkan makan ayam segar (sukar diperolehi sekarang kerana banyak ayam yang dicucuk atau ayam segera) , ayam turki, dan ikan seperti ikan Salmon, Kod, Mackerel dan Sardin yang membekalkan asid lemak omega 3 yang sihat untuk jantung.
Hidup dengan gaya hidup yang sihat
  • Jangan merokok
  • Elakkan dan kurangkan stress seboleh mungkin.
  • Kekalkan sikap yang positif.
  • Membuat senaman dengan sederhana dan sentiasa.
  • Kekalkan kenalaran usus.
  • Elakkan penggunaan alkohol.
  • Jangan gelojoh apabila makan.
Diolah dari kajian oleh University of the Sciences , Philadelphia

Buasir

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

PENYEBAB UTAMANYA

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat

PENCEGAHAN

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

RAWATAN

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

  1. Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
  2. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.
  3. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
  4. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
  5. Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.
  6. Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
  7. Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ianya lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
  8. Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
  9. Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
  10. Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.

BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

PENGURUSAN SENDIRI

  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.


SUMBER ASAL: http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_B_Buasir.html

Elak kaki melecet

Apabila memakai kasut baru atau kasut tertutup tanpa stoking, kita akan menghadapi masalah melecet di bahagian belakang kaki.

Untuk mengelakkannya:

1. Gosokkan lilin (putih) pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum memakainya.

Kiriman: Nurazuranie Haji Osman, Selangor.

Atasi serawan mulut

Jika di dalam bahagian mulut anak anda mengalami keputihan yang banyak, ia adalah serawan. Bagi mengatasinya:

1. Ambil sekuntum bunga keduduk biru dan biarkan anak anda memakan bunga tersebut.

Serawan di dalam mulut anak akan hilang.

Kiriman: Amirah Adnang, Paka, Terengganu.

Bersihkan daki

1. Ambil hampas kelapa dan gosokkan pada seluruh badan berulang-kali.

2. Lakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Kulit akan berubah menjadi licin dan bersih.

Kiriman: Suriani Hj Latiff, Muadzam Shah, Pahang.

Penawar cirit-birit

Bagi menghilangkan cirit-birit:

1. Petik pucuk buah jambu batu.

2. Kemudian, kunyah pucuk itu hingga lumut dan terus telan.

[caption id="" align="aligncenter" width="284" caption="Sememangnya pahit tetapi ia adalah penawarnya."]terdapat banyak khasiat daripada jambu batu[/caption]

Kiriman: Asmahan Saidin, Perak.

Hilangkan bintik hitam

1. Ambil dua biji telur, gunakan bahagian putihnya sahaja.

2. Campurkan dengan sedikit bedak debu untuk menghilangkan bau hanyir.

3. Kemudian, kacau rata.

4. Ambil kapas muka dan rendam dalam bancuhan tersebut.

5. Kemudian, tampal di muka hingga kering.

6. Selepas seketika, bersihkan.

7. Lakukan dua kali seminggu.

Kiriman: Wan Shafawati Wan Embong, Pelabuhan Klang, Selangor

Khasiat Buah Ceri



Tahukah anda bahawa buah ceri mengandungi ‘anthocyanin’ iaitu pigmen wama merah yang baik untuk kesihatan? la memiliki efek yang lebih bagus dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit. Walau bagaimanapun, ceri tidak boleh diolah dengan suhu yang terialu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan ‘anthocyanin’ di dalamnya.
Ceri kaya dengan antioksida. la membantu mencegah atau memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas.
Ceri kaya dengan flavonoid’. Penyelidik mendapati ‘flavonoid’ dalam ceri adalah
agen antikanser yang pating tuten.
Ceri mengandungi ‘anthocyanin’ dan ‘bioflavonoid’ yang membantu melegakan dan menghalang ‘artritis’ dan gout, la juga membantu menyingkirkan migrain.
• Ceri mengandungi ‘melatonin’. la membantu kita memperotehi tidur yang berkualiti.

Bual-Buahan Kering
Buah-buahan kering sememangnya menjadi altematif kepada buah-buahan segar. la bukan hanya tidak mengandungi kesan sampingan malah berkhasiat dan memberikan tenaga kepada tubuh. Selain itu, ia juga kaya dengan sumber mineral, vitamin dan enzim. Malahan, mudah dihadam dan membersihkan darah dan kawasan penghadaman. Antara kandungan lain yang terkandung di dalamnya termasuklah vitamin A, B1, B2, B3, B6, asid ‘Pantothenic’, kalsium, zat besi, ‘magnesium, ‘fosforus’, ‘potassium’, ’sodium’, ‘copper1 dan ‘manganese’.

Yogurt Ceri

Yogurt merupakan makanan kesihatan untuk perut. Yogurt merupakan makanan kesihatan untuk perut. Yogurt yang mempunyai bakteria baik (probiotic) yang akan menyihatkan kesihatan
usus. Pengambilan yogurt termasuklah dari pelbagai perasa seperti ceri, anggur, mangga dan sebagainya secara kerap mampu meningkatkan kandungan bakteria baik ini dan ia boieh mengatasi jumlah bakteria jahat. Dengan ini ia akan memastikan toksin hasil bakteria jahat dikawal dan dikurangkan. Pemakanan yogurt juga dapat membantu proses penghadaman dan proses membuang ketuian. Perut yang sihat akan meningkatkan tahap kesihatan dan sistern pertahanan badan.Terdapat juga kajian yang mendapati pengambilan yogurt oleh wanita sebanyak dua bekas kecil atau 250gm setiap hari membantu mengekalkan flora faraj wanita. Keputihan dan bau yang kurang menyenangkan juga dapat dihindarkan.

SUMBER:
http://fazlisyam.com/2008/05/19/khasiat-buah-ceri/

Menyembuhkan Demam Campak

Menghilangkan gatal

1. Rendam daun pokok semambu di dalam air suam.

2. Siram air tersebut pada badan pesakit.

Mengeluarkan campak

1. Minum air kelapa muda untuk mengeluarkan campak di badan.

Kulit tidak menjadi keras dan hitam

1. Tumbuk daun asam jawa lumat-lumat.

2. Campurkan dengan bedak sejuk.

3. Sapukan di semua bahagian badan.

PANTANG: Jangan berhujan dan mandi air masin untuk beberapa bulan agar badan tidak terasa gatal-gatal.

Menghilangkan panas badan

Ada petua yang sering diamalkan iaitu meminum air belimbing yang ditapis.

1. Ambil buah belimbing dan dikisarkan bersama-sama sedikit air.

2. Kemudian ditapis airnya sebelum diminum.

Ada juga yang suka meminum sekali dengan serat-seratnya.

Photobucket


Kiriman:

10 Cara Optimumkan Memori Otak

Otak anda adalah ibarat mahkota dalaman anda dan perlu dijaga dengan baik kerana dengannya lah anda berfikir dan melakukan pelbagai tugasan di dunia ini. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menjaga otak anda agar memorinya stabil dan semakin meningkat prestasinya. Cuma di sini saya akan menyenaraikan beberapa darinya yang sempat saya catatkan dari pelbagai sumber.



Photobucket


1. Pastikan otak kita sentiasa aktif

Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.


2. Kurangkan tekanan

Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.


3. Buat senaman selalu

Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.


4. Cuba latih memori dengan gambar

Ambil sekeping gambar dan perhatikan sejenak. Kemudian tutup gambar tersebut dan cuba ingat kembali apa kandungan dalam gambar tersebut. Latihkan sentiasa dengan bermacam-macam gambar.


5. Ulang-ulangkan apa-apa yang kita pelajari

Pengulangan demi pengulangan boleh membantu perkara itu untuk masuk ke dalam memori jangka panjang otak kita. "Practise makes perfect".


6. Wujudkan imej-imej yang jelas dalam otak kita

Kita akan dapat mengingat sesuatu dengan lagi mudah jika sekiranya kita dapat memvisualkannya dalam fikiran. Cuba bayangkan imej-imej yang mudah diingati, yang agak luar biasa sedikit dan seumpamanya.


7. Kategorikan apa-apa yang ingin anda ingatkan

Jika anda mengkategorikannya maka ianya tidak akan berterabur atau berserabut. Jadikan ianya sistematik , barulah proses mengingat akan jadi lebih mudah, insyaALlah.


8. Cuba amalkan meditasi

Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang selalu mengamalkan meditasi (tafakkur) berupaya untuk fokus dengan baik dan mempunyai memori yang lebih bagus.


9. Tidur yang elok dan cukup

Dapatkan tidur malam yang selesa dan cukup iaitu sekurangnya 7 jam.


10. Berikan masa untuk anda membentuk memori

Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk meningkatkan keupayaan memori kita. Amalkan tips-tips untuk meningkat upaya memori dengan beransur-ansur. Bagi masa kepada otak anda agar dapat membiasakan diri dengannya.


SUMBER ASAL:

http://www.teknosains.info/2008/04/15-langkah-meningkatkan-keupayaan.html

Ikan dan sayuran buah menghindari asma pada kanak-kanak

Teknosains - Kanak-kanak yang makan diet ikan dan sayur-sayuran seperti tomato dan aubergine setiap hari adalah kurang kemungkinan untuk mengembangkan pernafasan alahan dan asma.

Penyelidik-penyelidik di Eropah, yang telah menjalankan kajian sepanjang suatu tempoh tujuh tahun, mendapati bahawa kanak-kanak yang menggunakan lebih daripada 60gm ikan dan 40gm sayur-sayuran buah setiap hari mempunyai kurang peluang menderita asma dan alahan-alahan.

"Selepas menyesuaikan hasil-hasil untuk pelbagai pembolehubah-pembolehubah, penyelidik-penyelidik membuat kesimpulan bahawa hubungan antara simptom bebas kanak-kanak dan diet yang kaya dalam sayur-sayuran buah dan ikan adalah penting secara statistik."

Mekanisme-mekanisme biologi yang menggariskan kesan perlindungan makanan ini adalah tidak difahami sepenuhnya, tetapi kita mempercayai bahawa sayur-sayuran buah dan ikan mengurangkan keradangan bersekutu dengan asma dan alahan-alahan" penyelidik Dr Leda Chatzi dari Universiti Crete berkata.
Hakikatnya, mengikut kajian telah dicartakan kemajuan 232 budak-budak lelaki dan 228 orang gadis dari dalam rahim ke umur enam tahun setengah. Penyelidik-penyelidik menemui bahawa hanya di bawah sembilan peratus kanak-kanak mengalami suatu tahap pernafasan mengah , termasuk sekitar enam peratus dengan alahan yang berkaitan dengan asma.

Tambahan pula, 17 peratus memberi reaksi terhadap sekurang-kurangnya satu alergen dalam ujian cucukan kulit. Tetapi mereka yang dengan diet tinggi dengan ikan dan sayur-sayuran adalah kurang untuk terkena , kajian mendapati.
"Ia menyediakan kepada ibu bapa nasihat tertentu mengenai faedah-faedah penggalakan kesihatan termasuk ikan dan sayur-sayuran buah sebagai sebahagian dari diet seimbang untuk kedua-dua anak-anak mereka dan ahli keluarga lainnya," kata Profesor John Warner, Ketua Jabatan Paediatrik di Imperial College-London.


Sumber:

Alahan hidung (allergic rhinitis)

Adakah anda sering merasa gatal di hidung dan sering bersin? Tidak kira di mana sahaja, anda pasti akan berkeadaan sedemikian. Keadaan akan menjadi teruk apabila dikelilingi bahan-bahan tertentu yang mendatangkan masalah pada hidung anda. Jika anda merasa begitu, mungkin bermakna anda menghidap alahan hidung.

Apakah itu alahan hidung?

Alahan maknanya reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu alah pada makanan seperti udang dan sebagainya, ia akan mendapat gatal-gatal. Jika mereka alah pada ubat pula, seseorang itu akan mendapat kesan yang teruk seperti sesak nafas. Itulah alahan.

Alahan hidung yang juga boleh dikenali sebagai 'allergic rhinitis' bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu terdedah kepada habuk, habuk di sini bermakna 'house dust mite' atau hama yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Alahan yang disebabkan oleh hama inilah yang kerap berlaku.

Hama juga memang banyak terdapat dalam karpet, langsir, tilam, cadar dan sarung bantal yang tidak berganti. Hama ini makanannya pula ialah kulit-kulit yang gugur dari badan kita. Contohnya, jika kita baring di atas katil, kulit yang gugur akan menjadi makanannya. Najis hama itu akhirnya bercampur dengan habuk lain dan kemudian ia bertukar menjadi habuk dan habuk itulah yang membuatkan hidung menjadi bersin, gatal, tersumbat dan berair.

Apabila berada di luar rumah pula, debunga terutamanya dari bunga boleh menyebabkan alahan pada hidung kita. Jika pesakit itu alah kepada debunga, hidungnya kan berasa gatal-gatal dan akhirnya ia akan bersin-bersin.

Jika seseorang itu merasakan gatal-gatal di hidung, hidung mereka tersumbat, berair dan selalu bersin, ini bermakna mereka mempunyai ciri-ciri alahan hidung.

Di sini gatal bukan bermakna gatal yang datang dari hidung sahaja. Kalau di peringkat teruk, mata kita boleh gatal. Ini adalah kerana mata dan hidung saling berdekatan. Selain itu muka juga boleh rasa gatal. Sesetangah pesakit pula lelangit mereka pun boleh rasa gatal.

Photobucket


hama punca utama alahan hidung

Membuang duri dari badan

Hanya semudah ini:

Ambil getah betik dan lumurkan di tempat yang terkena duri.

Kebiasaanya, keesokan hari ia akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.

Kiriman: Nurul Hidayah Mad Nor, Alor Setar, Kedah

Mengkudu

Pokok mengkudu merupakan sejenis tumbuhan dari spesies morindacitrifolia. Ianya adalah pokok malar yang ketinggiannya boleh mencapai 7 meter dari paras tanah.


pokok mengkuduMengkudu dipercayai mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti asma, diabetis, luka-luka, ketidaksuburan wanita, demam, batuk dan sebgai tonik rambut.

Kebanyakan dari kita mengenali pokok mengkudu terutamnya yang tinggal di kawasan perkampungan. Daun mengkudu biasanya digunakan sebagai satu ramuan untuk kegunaan wanita yang sedang berpantang dan pucuknya dijadikan ulam. Petua orang tua menyarankan daun mengkudu elok untuk membalut tungku kerana khasiatnya dipercayai mampu mengecutkan rahim wanita selepas bersalin.

Mengkudu juga dipercayai mampu merawat penyakit kencing manis, menyuburkan sperma, darah tinggi, buang angin dan cacing dalam perut. Daun pokok mengkudu juga turut dijadikan ulam sayur-sayuran.
buah mengkuduBuah mengkudu elok untuk penjagaan kesihatan diri. Terdapat satu kaedah mudah untuk menjadikan buah mengkudu tersebut sebagai perubatan herba. Caranya adalah mudah, ambil beberapa biji buah mengkudu yang telah masak dan bersihkan buah itu terlebih dahulu. Kisarkan buah-buah itu sehingga hancur dengan sedikit air. Tapiskan untuk dapatkan airnya. Oleh kerana rasanya masam dan pedas sedikit, campurkan sedikit dengan perasa yang lain seperti madu lebah untuk memaniskannya. Minumlah perlahan-lahan.

Penggunaan tumbuhan herba dalam penjagaan kesihatan diri, seharusnya dibuat secara berterusan kerana kesannya mengambil jangka masa yang lama.

Limau dan kicap ubati batuk

Caranya:

1. Tuangkan sedikit kicap di atas sudu makan dan perahkan sedikit hirisan limau ke dalam kicap tadi.

2. Kacau dengan jari telunjuk di atas sudu tadi sehingga sekata.

3. Minum campuran tersebut dan biarkan selama setengah jam untuk bahan yang diminum meresap di tekak.

4. Amalkan sehari 3 kali.

Selepas meminumnya, kotoran seperti kahak dan lendir-lendir akan keluar.
Photobucket

Kiriman: Norlida bt Buanga, Kajang, Selangor

Cara pembersihan kaki

1. Gunakan batu pumis (pumice stone) untuk mengeluarkan kulti mati atau kulit keras di bahagian tumit.

2. Gunakan berus halus untk membersihkan dan mengeluarkan kekotoran di dalam kuku kaki.

3. Pastikan anda mengelap kaki sehingga kering menggunakan tuala bersih setiap kali selepas membersihkannya.

4. Sapu losen untk melembapkan kaki anda dan dapat mengurangkan kejadian kulit kering pada kaki.

5. Sentiasa perhatikan kaki anda bagi memastikan ia tidak mengalami sebarang jangkitan atau penyakit kulit seperti lecur yang disebabkan kasut, kulit mati atau keras dan juga cengkaman kuku.

6. Jika kaki anda mudah atau sering berpeluh, gunakan bedak talkum biasa atau bedak khas untuk kaki bagi mengurangkan kejadian ini. Bedak atau serbuk khas ini mudah didapati di mana-mana farmasi dan ia boleh menyerap peluh kaki anda.

7. Pastikan anda selalu menukar stoking terutamnya jika kaki anda mudah berpeluh. Kaki yang mudah berpeluh akan menyebabkan stoking sentiasa lembap dan ini akan membuka ruang kepada kaki anda untuk dijangkiti kuman akibat terperangkap dalam ruang yang lembap dan kotor seharian.

Photobucket


berus kaki yang disertakan dengan batu pumis.

Gigi kuat dan putih

Bagi mendapatkannya:

1. Sebelum menggosok gigi atau berkumur, ratakan tiga atau empat biji garam kasar pada gigi sehingga hancur.

2. Setelah itu, berkumur-kumurlah.

Photobucket



Gigi akan lebih kuat, putih dan tahan reput walaupun sudah berumur.

Kiriman: Sita Naimah Rodalle, Georgetown, Pulau Pinang

Hilangkan penyakit buasir

1. Ambil beberapa helai daun mengkudu bersama buahnya.

2. Rebus dan makan sebagai ulam-ulaman.

3. Daun mengkudu ini boleh dilayurkan atas api dan letakkan di tempat buasir.

4. Amalkan dua kali seminggu.

Kiriman: Nor Hayati Hussin, Alor Setar, Kedah

Buang angin dalam badan

Angin di dalam tubuh membuatkan badan rasa tidak selesa. Cuba petua ini untuk membuang angin:

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.

2. Hiris bawang putih nipis-nipis.

3. Rebuskan bersama dua gelas air putih sehingga tinggal segelas.

4. Amalkan meminum sebulan sekali.

Kiriman: Zainab Jusoh, Ayer Hitam, Kedah

Luka cepat sembuh

1. Ambil satu batang kayu manis bersama beberapa titik air.

2. Asah dan gosok menggunakan batu lesung.

3. Selepas diasah/digosok, sapukan terus pada luka.

Photobucket


Kayu manis juga dapat mengelakkan parut berwarna hitam.



Kiriman: Madihah Arifin, Johor

Mengubati masalah jerawat yang teruk

1. Ambil putih telur dari ayam kampung beserta kulitnya.

2. Tumbuk kulit telur sehingga lumat.

3. Campur putih telur dan kulit yang telah lumat untuk digunakan sebagai masker muka.

4. Lakukan setiap malam dan dalam 3 minggu, jerawat yang teruk akan hilang.

Photobucket

Kiriman: Sunarty Lanoddin, Sabah

Hilangkan ketuat

Ketuat apabila besar mencacatkan kecantikan tubuh. Untuk menghilangkan ketuat, titiskan sedikit getah biji gajus atau getah betik ke atasnya.

Photobucketketuat pada ibu jari kaki.



Kiriman: Latipah Mohamad

Sembuhkan kudis

Caranya:

1. Ambil sedikit kapur sireh dan beberapa putik rambutan muda bergetah.

2. Letakkan kapur di atas piring dan lenyekkan dengan putik rambutan itu tadi.

3. Sapu di tempat yang berkudis.

Kiriman: Hazalimi, Selangor

Selesema cepat sembuh

1. Ambil seulas bawang putih dan kupas kulitnya.

2. Potongkan bawang putih kecil-kecil (jangan terlalu kecil, muat-muat sahaja)

3. Letakkan bawang putih ke dalam hidung sebelum tidur.

4. Kebiasaanya, keesokan paginya selesema akan hilang.

Photobucket



Kiriman: Juliana Juhari, Putrajaya

Kulit Lembap Berseri

Bahan-bahan:

  • kubis
  • madu lebah
Langkah-langkah:
  1. Kubis dihancur dengan menggunakan mesin pengisar.
  2. Ambil air kubis.
  3. Campur air kubis dengan madu dan cuci muka dengan ramuan tersebut.
  4. Lakukan beberapa kali untuk mendapat hasilnya.
Kiriman:
Jamilah Yaakob, Bandar Seremban Selatan, 71450 Sg Gadut, N.Sembilan